Perbezaan Etnik dalam Ketidakupayaan, Kesejahteraan Psikologi dan Kualiti Hidup Berkaitan Kesihatan dalam Kalangan Pesakit Osteoartritis Lutut di Malaysia: Satu Kajian Keratan Rentas
Keywords:
Kesejahteraan psikologi, Ketidakupayaan, Kualiti hidup, Osteoartritis lutut, Perbezaan etnikAbstract
Osteoartritis lutut atau knee osteoarthritis (KOA) merupakan penyakit muskuloskeletal yang lazim dan semakin meningkat secara global. Di Malaysia, perbezaan etnik dalam kelaziman KOA telah dikenal pasti, namun kajianyang menilai sama ada perbezaan ini turut melibatkan ketidakupayaan dan kesejahteraan psikologi masih terhad. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan ketidakupayaan, kesejahteraan psikologi dan kualiti hidupberkaitan kesihatan dalam kalangan pesakit KOA berbangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia. Kajian keratan rentas ini melibatkan 90 orang dewasa yang telah didiagnosis secara klinikal dengan KOA, merangkumi 30 responden Melayu (57.97 ± 7.89 tahun), 30 responden Cina (60.00 ± 9.90 tahun), dan 30 responden India (59.20 ± 8.65 tahun). Ketidakupayaan berkaitan KOA dinilai menggunakan soal selidik Knee Injury and Osteoarthritis Outcome Score (KOOS), manakala kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup dinilai menggunakan Short Form 36 Health Survey (SF-36). Analisis varians sehala dan ujian post hoc digunakan untuk membandingkan keputusan antara kumpulan etnik. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden Cina mencatatkan skor tertinggi dalam hampir semua domain KOOS dan SF-36, menunjukkan fungsi lutut, kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup yang lebih baik. Responden Melayu pula mencatatkan skor KOOS terendah dalam domain kesakitan dan kualiti hidup, serta menunjukkan tahap kesakitan yang paling tinggi. Responden India menunjukkan skor sederhana dalam kebanyakan domain, namun mencatatkan skor terendah dalam domain sukan dan rekreasi. Dapatan inimenunjukkan perbezaan etnik yang ketara dalam aspek ketidakupayaan, kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup dalam kalangan pesakit KOA. Oleh itu, strategi pemulihan yang bersifat khusus dan mengambil kira latar belakang etnik adalah penting bagi meningkatkan kesaksamaan dalam penjagaan kesihatan muskuloskeletal di Malaysia.Downloads
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)